SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

 

Apa dia SPM?

 

SPM ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

 

Siapa yang menduduki SPM?

 

SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR.

 

SPM ditawarkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah/institusi persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

 

Peperiksaan ini juga terbuka kepada calon persendirian perseorangan.

 

Apakah objektif SPM?

 

Objektifnya adalah untuk persijilan mata pelajaran. Ia merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

 

Ia dugunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti.

 

Ia juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa dan untuk tujuan-tujuan pekerjaan.

 

Apakah mata-mata pelajaran yang ditawarkan?

 

SPM mengikut Sistem Pensijilan Terbuka menawarkan lebih banyak mata pelajaran. Selain daripada mata pelajaran teras dan akademis, ia juga menawarkan mata-mata pelajaran mengikut bidang iaitu agama, vokasional, teknikal dan teknologi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Mata Pelajaran Wajib

BIL
KOD
NAMA MATA PELAJARAN
1
1103
Bahasa Melayu
2
1119
Bahasa Inggeris
3
1223
Pendidikan Islam
4
1225
Pengetahuan Moral
5
1249
Sejarah
6
1449
Matematik
7
1511
Sains

Mata Pelajaran Pilihan

BIL
KOD
NAMA MATA PELAJARAN
1
2205
Literature In English
2
2215
Kesusasteraan Melayu
3
2280
Geografi
4
2361
Bahasa Arab Tinggi
5
2611
Pendidikan Seni
6
2621
Pendidikan Muzik
7
3472
Matematik Tambahan
8
3528
Sains Pertanian
9
3755
Perdangagan
10
3756
Prinsip Akaun
11
3757
Ekonomi Asas
12
3758
Ekonomi Rumah Tangga
13
3759
Lukisan Kejuruteraan
14
3760
Pengajian Kejuruteraan Jentera
15
3761
Pengajian Kejuruteraan Awam
16
3762
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
17
3763
Reka Cipta
18
3764
Teknologi Kejuruteraan
19
3765
Teknologi Maklumat
20
4531
Fizik
21
4541
Kimia
22
4551
Biologi
23
4561
Sains Tambahan
24
4571
Pengetahuan Sains Sukan
25
5226
Tasawwur Islam
26
5227
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
27
5228
Pendidikan Syariah Islamiah
28
6351
Bahasa Cina
29
6354
Bahasa Tamil
30
6362
Bahasa Arab (Komunikasi)
31
8811
Teknologi Bengkel Mesin
32
8812
Kerja Menggegas dan Memesin
33
8813
Lukisan Geometri dan Mesin
34
8814
Teknologi Binaan Bangunan
35
8815
Kerja Kayu dan Bata
36
8816
Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan
37
8817
Teknologi Elektrik
38
8818
Pemasangan dan Kawalan Elektrik
39
8819
Lukisan Geometri dan Elektrik
40
8820
Teknologi Elektronik
41
8821
Menservis Radio dan TV
42
8822
Lukisan Geometri dan Elektronik
43
8823
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
44
8824
Kerja Kimpalan
45
8825
Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
46
8826
Teknologi Automotif
47
8827
Menservis dan Membaiki Kenderaan
48
8828
Lukisan Geometri dan Automotif
49
8829
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
50
8830
Kerja Penyejukan dan Penyamanan Udara
51
8831
Lukisan Geometri dan Penyamanan Udara
52
8843
Asas Pemprosesan Maklumat
53
8861
Teknologi Katering
54
8862
Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan
55
8863
Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian
56
8864
Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian
57
8865
Teknologi Seni Kecantikan
58
8866
Persolekan dan Mendandan Rambut
59
8868
Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri
60
8869
Membuat Roti dan Patisserie
61
8870
Asuhan Kanak-kanak
62
8871
Mengasuh dan Membimbing Kanak-kanak
63
8881
Pengeluaran Tanaman
64
8882
Pengeluaran Ternakan
65
8883
Hortikultur Hiasan dan Landskap
66
8884
Kejenteraan Ladang
67
8885
Pengurusan Ladang
68
9216
Kesusasteraan Cina
69
9217
Kesusasteraan Tamil
70
9221
Bible Knowledge
71
9303
Bahasa Perancis
72
9378
Bahasa Punjabi

Pelajar/calon diwajibkan mengambil bilangan minimum mata pelajaran teras sahaja, yakni enam mata pelajaran mengikut bidang.

 

Walau bagaimanapun, pelajar/calon bebas memilih untuk mengambil mata pelajaran selain daripada mata pelajaran teras pada peperiksaan yang sama atau pada mana-mana peperiksaan yang lain.

 

Mereka juga boleh mengambil minimum enam mata pelajaran yang hanya terdiri daripada mata pelajaran teras atau semaksimum yang termanpu olehnya.

 

Bagaimana SPM dilaporkan?

 

Syarat minimum pemberian sijil dalam Sistem Pensijilan Terbuka ini ialah “lulus” dalam Bahasa Melayu.

 

Sijil dianugerah atas merit sesuatu mata pelajaran dan bukannya syarat kelompok mata pelajaran. Sijil yang dianugerah tidak mencatatkan pangkat pencapaian keseluruhan dalam peperiksaan tetapi ia mencatat peringkat pencapaian subjek yang lulus sahaja.

 

Pencapaian setiap mata pelajaran dilaporkan dalam sijil adalah seperti berikut:

 

1A

Cemerlang

2A
3B

Kepujian

4B

5C

6C
7D

Lulus

8E