PROSEDUR PERMOHONAN

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

UPSR / PMR / SPM (J) / SPM / SPM (V) /STPM

Sila semak prosedur ini di Unit Penilaian dan Peperiksaan JPNS 

1. Tarikh tutup permohonan semak semula keputusan ialah 30 hari selepas tarikh rasmi pengumuman keputusan
    sesuatu peperiksaan.

2. Calon Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

      2.1.  Calon yang ingin memohon disemak semula keputusan peperiksaan dikehendaki membuat permohonan
              melalui Pengetua Sekolah menggunakan borang yang disediakan dalam dua salinan.

      2.2.  Calon dikehendaki menyertakan salinan keputusan yang disahkan.

      2.3.  Segala bayaran dibuat dengan Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama
              PENGARAH  PEPERIKSAAN.

      2.4.  Pihak sekolah diminta menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi terus kepada :
    
                                         Lembaga Peperiksaan,
                                         Kementerian Pendidikan Malaysia,
                                         Jalan Duta,
                                         50605 Kuala Lumpur.
                                         ( u.p Sektor Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan )
 
3. Calon sekolah persendirian dan calon persendirian.

       3.1.  Calon yang ingin memohon untuk disemak semula keputusan peperiksaan boleh membuat
               permohonan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di Unit Penilaian dan Peperiksaan,
               Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

       3.2.  Calon dikehendaki menyertakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan.

       3.3.  Segala bayaran hendaklah dibuat dengan Wang Pos atau Bank Deraf  sahaja atas nama
               PENGARAH PEPERIKSAAN.

       3.4.  Pihak Sekolah Persendirian atau calon persendirian diminta menghantar terus borang permohonan ke :

                                           Lembaga Peperiksaan,
                                           Kementerian Pendidikan Malaysia,
                                           Jalan Duta,
                                           50605 Kuala Lumpur.
                                           (u.p. Sektor Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan)

4. Semak semula Peperiksaan STPM.

       4.1.  Borang semak semula boleh didapati dari Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
               dan juga di sekolah-sekolah yang ada menawarkan Tingkatan Enam.

       4.2.  Calon dikehendaki menyatakan salinan keputusan yang disahkan.

       4.3.   Segala bayaran dibuat dengan Kiriman Wang/ Wang Pos / Bank Draf atas nama
                SETIAUSAHA AGUNG, MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA.

       4.4.   Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

                                             Setiausaha Agung,
                                             Majlis Peperiksaan Malaysia,
                                             Bangunan MPM, Perseiaran 1, Bandar Baru Selayang,
                                             68100, Batu Caves, Selagor Darul Ehsan.
                                             /B>

5. Bayaran bagi permohonan semak semula adalah mengikut jenis peperiksaan:-

         i ) Peperiksaan UPSR    - Tiada Bayaran.

        ii ) Peperiksaan PMR      -  RM 10.00 untuk satu mata pelajaran.

       iii ) Peperiksaan SPM / SPM(V) / SPM(J)     -  RM 30.00 untuk satu mata pelajaran.

       iv ) Peperiksaan STPM    -  RM 50.00 untuk satu kertas setiap mata pelajaran.

6. Prosedur menuntut salinan sijil Peperiksaan Awam yang telah hilang / rosak.
 
      a)  Yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kuala Lumpur( SRP , PMR , SPDM ,SPM , SPM(V) ,
            MCE , HSC ) .
 
           Dokumen-dokumen berikut hendaklah disediakan dengan lengkap :

                  i ) 2 salinan Borang Permohonan ( LPM / Sijil / Pin.1 / 96 ) boleh didapati dari
                        Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
   
                 ii ) 1 salinan Surat Akuan Sumpah ( asal ) dibuat di Mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah.

                iii ) Wang Pos RM 10.00 di bayar kepada Pengarah Peperiksaan, Kuala Lumpur.

                iv ) 1 salinan photostat sijil berkenaan ( jika ada)

        Setelah lengkap kembalikan perkara-perkara di atas ke Unit Penilaian dan Peperiksaan,
        Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ,untuk dipanjangkan ke Lembaga Peperiksaan Kuala Lumpur
        untuk tindakan selanjutnya.
 

      b)  Yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, Kuala Lumpur ( STPM dari tahun 1982 ke atas ).
 
            Dokumen-dokumen berikut hendaklah disediakan dengan lengkap :

                  i ) 2 salinan Borang Permohonan boleh didapati dari  Unit Penilaian dan Peperiksaan,
                       Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
   
                 ii ) 1 salinan Surat Akuan Sumpah ( asal ) dibuat di Mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah.

                iii ) Wang Pos RM 10.00 di bayar kepada Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Malaysia.

                iv ) 1 salinan photostat sijil berkenaan ( jika ada)

        Setelah lengkap kembalikan perkara-perkara di atas ke Unit Penilaian dan Peperiksaan,
        Jabatan Pendidikan Perak ,untuk dipanjangkan ke Majlis Peperiksaan Kuala Lumpur
        untuk tindakan selanjutnya.

7.  Calon bantahan menukar matapelajaran di hari Peperiksaan dalam Peperiksaan Bertulis :

          STPM  -  RM 50.00 di alamatkan kepada Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Malaysia.

          SPM     -  RM 30.00 di alamatkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

          PMR     -  RM 10.00 dialamatkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

* NOTA 

      * Jika kesalahan calon / sekolah kena bayar. Bayaran dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos diserahkan
         kepada Ketua Pengawas Peperiksaan.

      * Jika kesilapan matapelajaran berpunca dari Majlis Peperiksaan atau Lembaga Peperiksaan Malaysia
         tidak ada bayaran.