Ujian Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian yang mengukur pencapaian
     dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar yang akan masuk universiti tempatan mulai
     tahun 2001.

  Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk ke universiti
     tempatan (universiti awam atau universiti swasta) mulai tahun 2001perlu menunjukkan bukti
     telah mengambil ujian MUET.

  Pada tahun 1999 ujian ini diadakan sekali sahaja iaitu pada bulan Disember dan
     keputusan ujian ini boleh digunakan untuk memohon masuk universiti tahun 2001.

  Mulai tahun 2000 ujian ini akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan 
     Disember.

  Borang pendaftaran untuk mengambil ujian ini boleh diperolehi di Jabatan Pendidikan
     Negeri.

  Tarikh tutup pendaftaran bagi tahun 1999 ialah 15 Julai 1999. Pendaftaran bagi tahun 
     2000 dan tahun-tahun berikutnya akan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan.

  Sukatan pelajaran dan maklumat lanjut tentang ujian ini boleh diperoleh daripada:

Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
68100 Bandar Baru Selayang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-6169663
E-mel: suagung@mpm.edu.my

Syarat Kemasukan

  1.   Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang
          berikut:

(a)    Sijil Pelajaran Malaysia
(b)    Sijil Pelajaran Malaysia (Vocational)(SPMV)
(c)    Malaysia Certificate of Education
(d)    Federation of Malaya Certificate of Education
(e)    Cambridge School Certificate
(f )    Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-level

    2.   Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada 1 di atas hendaklah terlebih dahulu
          memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mengambil ujian ini.

Halaman ini dirujuk dari

http://www.mpm.edu.my/Muet.html